Irsah in Designs


Skandal Janda Ibu Tunggal Kasanova Masalah Moral Sosial




Ditulis oleh Aswad A.

Selesai lah sudah minggu pertama kita berpuasa. Banyak juga dugaan kita dan juga berita tergempar negara. Antara letupan kapal di pelantar, hinggalah orang No. 1 Malaysia disahkan sebagai pemimpin pengguna Tweeter terbaik dibawah seiringan  presiden US, Barack Obama, memang menarik sekali. Namun begitu, news room Irsah Dot Com sangat tertarik dengan 2 situasi berbeza mengenai tajuk. Skandal janda ibu tunggal diperdaya kasanova masalah sosial dan moral?.

Sumber berita: Kumpulan Utusan, KOSMO

Image Not Found.

Umum pun sudah mengetahui melalui dada akhbar pada 26/8/2012 bagaimana tertangkapnya kumpulan kasanova hitam yang memperdayakan lebih 10 janda dan ibu tunggal kesunyian, andartu dan mencecah kerugian sehingga RM 300,000.00. Kerja-kerja mereka telah dilakukan sejak 5 bulan yang dahulu, dengan menggunakan gambar lelaki kacak dari Eropah sehinggalah ke Pakistan. Kasanova awang hitam ini, seperti biasa, menggunakan taktik ayat-ayat manis serta bibit-bibit cinta untuk perdayakan mangsanya, sama ada melalui internet dan laman sosial utama. Dengan tertangkap 7 kasanova ini di Bacahang Melaka, diharap dapat menyelamatkan sedikit penganiayaan terhadap wanita terutama janda ibu tunggal yang kesepian.

Ironinya, disebalik penganiayaan terhadap ibu tunggal janda, seorang bekas kerani akaun pula di Shah Alam dituduh menipu cek majikannya bernilai RM 538,994.10 dari 3 anak syarikat Dewina Holdings. Kelakuan tidak amanah janda ibu tunggal ini dikesan oleh pengarah syarikat sejak tahun 2009 lagi dan mengikut fakta kes, tertuduh janda ibu tunggal tersebut mengaku tidak bersalah dan diikat jamin RM 45,000.00 sementara menunggu dibicarakan. Sebutan perbicaraan akan diadakan pada 27/8/2012 di mahkamah Seksyen Shah Alam, dan nampak gayanya janda ibu tunggal yang sanggup meniru tandatangan bekas majikannya menyambut Hari Raya dengan penuh tanda tanya.

Disini kita mempunyai 2 senario berbeza tetapi mempunyai topik persamaan iaitu janda ibu tunggal - perdaya atau diperdayakan? Membuat kita berfikir, adakah status sebagai janda, ibu tunggal, single mother dan sebagainya adalah lebih berunsur negetif sahaja. Jika kita ingin menyalahkan golongan ini, tidak juga (jika mengikut fakta kes kasanova awang hitam). Sebaliknya, jika kita mengatakan janda ibu tunggal tidak bermoral dan amanah, boleh juga dikaitkan mengikut kes pemalsuan cek. Nampaknya kedua-dua kes diatas bukannya memperdayakan mahupun diperdayakan oleh golongan ibu tunggal itu sendiri, namun kerugian wang ringgit (mencapai RM 1 juta) dan keruntuhan moral golongan tersebut telah pun tercapai.

Sebenarnya berbalik kepada sikap janda dan ibu tunggal tersebut. Pengawalan perasaan dan bersikap lebih tegas dan pandai mengawal keadaan. Disini, bukanlah ingin mengatakan semua janda ibu tunggal bersikap negetif, malah sebilangan besar golongan mereka mempunyai kecekalan dalam mengharungi liku-liku hidup menyara keluarga sebagai ibu dan bapa tunggal. Tidak dinafikan, golongan ibu tunggal ini sememangnya, so vunerable, dan ia haruslah diberi penekanan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian lain pula yang akan berlaku.

Semoga penulisan ini dapat membuatkan kita berfikir dan dijadikan iktibar kepada semua terutamanya agensi wanita dibawah pengurusan orang No. 1 Malaysia dalam mewujudkan keseimbangan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat bagi semua golongan dan tidak hanya pengkhususan terhadap golongan tertentu sahaja. Walaupun peringkat atasan golongan wanita telah pun mendapat pengiktirafan (pengarah dan kedudukan tertinggi pengurusan) sebagainya, namun begitu, jika berlakunya permasalhan sosial dari golongan janda ibu tunggal ini, akan reflect juga kepada golongan hawa. Walaupun peratusannya adalah kecil, namun impaknya amat besar sekali, keruntuhan moral dan kerugian harta. Mencegah sebelum mengubati. Jangan biar kan virus menjadi barah. Komen anda dialukan dalam memberi pandangan berdasarkan artikel. Terima kasih.