Irsah in Designs


Selamat Hari Raya CikTom




Bismillah Hirrohman Nirrohim....

Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Banyak juga kontes sedang dijalankan, oleh bloggers-bloggers Malaya. Petanda baik bahawa pemilik-pemilik blog memperoleh rezeki mencurah-curah dan ingin berkongsikan bersama sahabat-sahabat sekalian. Janji harus ditepati (tiada kaitan dengan slogan), Team Irsah pula mengeluarkan posting untuk menyertai kontes sempena ulang tahun ke 2 Blog CikTom yang bakal berakhir pada 31/8/2012.

Kehendak CikTom Ketiga dan Penutup

Seperti syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur, Blog CikTom, berikut adalah senarai penaja-penaja hadiah untuk kontes Give Away Ulangtahun Kedua Blog Ciktom iaitu: JebengOtaiPapa MifzAmnaKak MahhDania EryatiOnlajer,NazriHatiputeraEielaRina AvailAkhiyyHafizulPuanbee dan KeretaHitam. Semoga links-links ini dapat digunakan sepenuhnya untuk laman anda.

Untuk maklumat lanjut, sila terjah ke Blog CikTom Gadis Tomato Sos untuk mendapatkan maklumat lanjutan kontes blog CikTom di links disediakan. Tarikh tutup 31/8/2012 dan hadiah sungguh lumayan tetapi yang penting links yang diberikan sungguh bernilai dari wang ringgit, betul tak CikTom ?...Heeeee

Image Not Found.

Kehendak CikTom yang Pertama

Artikel ini ditulis untuk memeriahkan contest Give Away sempena ulangtahun ke-2 Blog CikTom yang disambut baru-baru ini. Untuk itu, pertama kali kami mengenal blog ciktom adalah dari blog Bro Eyrqazz sendiri melalui bacaan ruangan comments. Dari banyak-banyak gambar, di ruangan comments Bro Eyriqazz, ternampak lah gambar tomato (sebelum beliau menukarnya baru-baru ini) terselit dikalangan puluhan komen yang ada. Pelik-kan, tomato pun boleh bagi comments? Nanti dulu belum kami terjah lagi. kami mula terjah blog CikTom melalui entri ini:-, 

http://persadazrs.blogspot.com/2012/06/eyriqazz-vs-denaihati-battle-ciktom.html

Artikel: Eyriqazz Vs Denaihati : CikTom Will Never Surrender To AbangEnsem

(Ingat lagi kan CikTom?)

Berlangsungnya pertandingan Eyriqazz Vs Denaihati menjadi titik mula pengalaman paling indah Team Irsah dengan CikTom Gadis Tomato. Kami terjah blog beliau untuk mengucapkan Gud Luck untuk cabaran kontes SEO tersebut dan meninggalkan links supaya beliau membaca dan review buat julung kalinya - tidak dilupakan AbangEnsem kita. Apa kata beliau? " Ciktom suka dan ketawa berguling-guling hingga menitikan air mata baca posting tersebut...." menurut CikTom. Maka bermula lah takhta artikel CikTom berada di laman pertama keyword Eyriqazz vs Denaihati sehingga kini. Sedap betul tomato sos agaknya...

Kehendak CikTom ke Dua

Yang nih paling best. CikTom ingin berkongsikan cerita pimilik blog sendiri di laman CikTom berstatus rank comel bawah 300 Alexa baru-baru ini. (Auto mode agaknya). Rugi tak tinggal jejak, sebab dari 1st time kenali Gadis Tomato ini, berkoyan-koyan visitors datang bukan ke 1 blog kami, malah 4 blog kesemuanya. Perhhhh (mana datangnya pun tak tahu?) Artikel/post pilihan terbaik kami ialah yang nih...

Links untuk artikel/post pilihan boleh diperoleh di http://blog.irsah.com/2012/07/panduan-lengkap-isi-sebutharga.html

Sebab pilihan artikel/post tersebut kerana pertama, pujian, "penulisan Team Irsah semakin comel.." , menurut CikTom. Perubahan yang Team Irsah jalankan setelah menerima kritikan membina dari CikTom sebelumnya untuk membaiki ke-comelan penulisan santai. Selepas itu, jika CikTom berkesempatan, beliau akan menerjah, mengorek, mengkaji dan membedah (tiada kaitan dengan ilmu kimia CikTom), blog-blog kami sehingga tidak termampu untuk membalas comments-comments nya.

Sebab kedua, kali pertama kami membuat kaji selidik untuk memberikan tutorial yang jarang-jarang sekali blog writers lakukan di blog masing-masing. Tutorial tersebut pun dilaksanakan kerana permintaan rakan niaga Team Irsah dan banyak manfaat yang telah mereka perolehi. Ia termasuk silent readers dari golongan kontraktor-kontraktor kerajaan menerjah laman tersebut sebagai sumber rujukan. Kami tahu kerana artikel tersebut dibaca tidak kurang 50 pelawat dalam sehari dalam carian Google (tidak termasuk dari referer - tak sangka, satu tutorial melekat pula keyword e-perolehan kerajaan).

Sebab ketiga: Tutorial tersebut paling susah diolah Team Irsah kerana terikat dengan Akta Rahsia dan Dokumen Kerajaan. Tetapi kami mencuba sedaya upaya supaya ia tetap memberi manfaat sewajarnya kepada golongan yang memerlukan. Alhamdulliah masih ada yang sayang, dan belum lagi surat dari sana diterima ke pejabat kami. (Kemungkinan berkat comments CikTom juga kot...)

Sebab keempat: Mungkin kerana berbintangkan Scorpio, jika tidak silap (November - sila betulkan) dan ini ternyata menguatkan lagi perkongsian relevan Blog CikTom dengan Team Irsah. Apabila 2 kala jengking bertemu kali pertama, seolah, telah mengenal 20 tahun sebelumnya. Setiap sepitan dan sengatan si-kalajengking amat berbisa sekali. dan mampu menumbangkah seekor gajah yang perkasa.Begitulah kami amati apabila melihat keberkesanan Blog CikTom dalam mengekalkan kedudukan untuk Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati dan keyword-keyword lain tersemat bersama blog nya.