Irsah in Designs


12 Koleksi Baju Raya: Rizalman @ 20 - Tesco




Pereka fesyen muda dan inspirasi negara, saudara Rizalman Ibrahim aka Rizalman, memasarkan koleksi pilihan design dan rekabentuk terbaru baju raya 2102, 20 by Rizalman. Koleksi beliau kini berada di semua rangkaian niaga pasaraya Tesco bermula bulan Julai ini sehingga menjelang Aidilfitri kelak. Pengguna dan peminat rekaan Rizalman boleh mendapatkan reka bentuk dan design terkini pakaian hari raya di cetuskan oleh Rizalman.

Pendekatan Rizalman dengan kerjasama pasaraya Tesco, rangkaian pasaraya terbesar di Malaysia, amatlah dialukan dan suatu langkah bijak. Peminat-peminat pakaian rekaan dan design beliau, khusus untuk rekaan baju hari raya 2012, dapat mendekati kehalusan dan seni reka-ciptanya. Ia juga dapat memberikan kepelbagaian pilihan bagi pengguna/pembeli tegar pasaraya Tesco dalam tata hiasan diri dan pilihan pakaian untuk baju raya pada Aidilfitri 2012 selepas menyambut Ramadhan nanti.  Ketika ini smua dapat memakai pakaian Rizalman.

Semoga, kerjasama sebegini akan membuka minda kita dalam kepelbagaian sumber memperluaskan rangkaian perniagaan. Kesempatan sebegini seharusnya digunakan sepenuhnya dalam mewujudkan perkembangan kerjasama pernagaan yang lebih konsisten dan relevan. Ia adalah win-win situation bagi kesemua pihak yang terlibat dan diucapkan syabas dan semoga kerjasama sebegini dapat diperluaskan lagi di rangkaian pasaraya yang setaraf dengannya. Syabas kepada Rizalman dan Team. Semoga pendekatan Rizalman ini dapat menjadi inspirasi kepada designers yang lain dan seterusnya mendekatkan pilihan koleksi pilihan dengan lebih dekat kepada pengguna. 

Koleksi baju raya 2012 rekaan Rizalman yang berada di rangkaian pasaraya Tesco seluruh negara merangkumi 20 pasang baju kurung dan kebaya moden, pakaian lelaki dan juga kanak-kanak. Penampilan kesemua rekabentuk beliau merupakan hasil dari 20 tahun Rizalman dalam industri fesyen diserikan dengan pelbagai warna sofistikated dengan  penampilan elegan serta kehalusan siluet trademark Rizalman. Pakaian bagi kanak-kanak akan bermula dari RM29.90 dan akan menemui anda di 20 rangkaian Tesco seluruh negara selepas 9 Julai 2012. Eksklusif untuk anda imej dari pra-pelancaran koleksi Rizalman @ Tesco sempena koleksi baju hari raya Aidilfitri 2012 dan peragaan sebahagian rekaan yang akan menemui anda.

(Klik imej untuk dibesarkan)

KoleksiRizalman2012-Launch-Collection.jpg

Source: Rizalman