Irsah in Designs


Design Jovian Mandagie Koleksi Aidiladha Poplook Sold Out




Kali ini menampilkan rekaan terbaru designer entreprenur berjaya, design Jovian Mandagie RTW (Ready To Wear) koleksi Aidiladha di The Poplook. Rekaan beliau sehingga artikel ini ditulis, adalah kesniambungan dari kejayaan rekaan koleksi Baju Raya pada sambutan Aidilfitri yang lalu.

Terdapat 4 koleksi anggun, sesuai untuk wanita moden untuk bergaya di hari perayaan kelak. Namun begitu, keunikan rekaan "ready to wear" beliau masih mengekalkan keselesaan dan sangat sesuai untuk dipakai ketika menghadiri "functions" dan keramaian formal serta informal. Ini kerana, pilihan warna dan perincian yang sangat lembut dn "detailing" baju yang tidak keterlluan. Rekaan beliau juga masih menitik beratkan potongan dengan sedikit perincian pada bahagian baju, dan ini memudahkan si-pemakai memadankan dengan aksesori bersesuaian.

Jovian Mandagie juga memeperkenalkan rangkaian design koleksi untuk Aidiladha di Wanita Hari Ini (WHI) TV3. Di dalam rancangan tersebut, beliau telah memberikan beberapa tips dalam mengayakan rekaan RTW tersebut bersama tudung dan skaf. 

Kali ini barisan koleksi design Jovian Madagie RTW adalah antaranya; Jezzebel, Julia, Jeevena dan Jennelle. Rekaan masih menitik beratkan keselesaan dan tidak membataskan pergerakan si-pemakai. Ketika ini, eksklusif di The Poplook, 3 rangkaian  koleksi beliau telah pun habis ditempah dan hanya 1 koleksi rekaaan yang masih berada dipasaran.

Anda boleh melawat laman Poplook untuk mengetahui perkembagan dengan lebih lanjut. Harga sepasang baju Jovian Mandagie RTW adalah antara RM360.00 sehingga RM400.00, termasuk penghantaran dalam Malaysia sahaja.

Mengimbau kembali rekaan JM RTW bagi menyambut perayaan Aidilfitri dan Boxing Day yang lalu, anda boleh ke pautan / untuk mengetahui perkembangannya dan pautan  untuk mengenali lebih dekat designer muda entreprenur Jovian Mandagie.

Semoga anda memperoleh inspirasi bagi gaya dan trend terkini sempena menyambut hari perayaan yang bakal tiba. Bersesuaian denan pendekatan Jovian Mandagie pada tahun ini, kini semua wanita pencinta fesyen boleh memakai JOVIAN. 

Sila klik imej untuk dibesarkan.