Irsah in Designs


Design Baju Raya: Zery Zamry Classic Glam




Tema koleksi baju raya Aidilfitri 2012 oleh pereka fesyen tidak asing lagi Zery Zamry, Classic Glam, adalah barisan terbaru cetusan ilham beliau untuk tahun ini. Ia menampilkan 10 rekaan eksklusif dari warna asas hitam dan putih, bercirikan rekaan moden, sofistikated, glamor, klasik dan elegan. Menurut beliau, inspirasi kali ini adlaah inspirasi 2 idola fesyen klasik timur dan barat iaitu Puan Sri Saloma dan Audrey Hepburn.

Oleh kerana tema design reka baju raya bagi tahun ini bertemakan Classic Glam, koleksi dan ketrampilan rekaan Zery Zamry sungguh berlainan dari cetusan pereka fesyen yang lain. Pemilihan jenis fabrik dengan perincian pada kain dan skirt masih mengekalkan rekabentuk dan tren moden terkini. Walaupun mempunyai gabungan timur dan barat, namun ia masih menampkkan ciri-ciri dan keayuan Melayu asli.

Intripertasi Zery Zasmry dalam rekaan koleksi baju raya beliau kali ini menampilkan unsur-uinsur traditional dan diberikan olahan kemodenan mengikut kreativiti belliau. Asas rekaan koleksi baju raya beliau kali ini merupakan padanan dari baju kurung moden, baju kurung Kedah, baju kebaya jarang yang digabungkan dengan potongan peplum. Fabrik pilihan beliau  menggunakan jenis bercorak seperti polka dot, berjalur, bunga broked, yang rata-rata nya corak inspirasi timur dan barat elemen klasik. Beliau juga telah memberikan perincian kepada skirt-skirt rekaan dengan mempelbagaikan textur rekaan berserta elemen alunan (movements) pada bahagian skirt. 

Kepakaran Zery Zamry dalam penelitian butiran kristal Swarovski pada rekaan kali ini adalah lebih ringan, 'loose' tetapi penuh ketelitian dan terperinci. Beliau juga telah menggunakan fabrik glamor sepreti sequin, organza silk, shantung silk, chiffon, trench lace dan satin silk, supaya memberikan inspirasi rekaan yang serba mewah.

Menurut beilau, "Koleksi ini sesuai digayakan ke rumah-rumah terbuka dan majlis-majlis formal ketika dibulan Syawal nanti". Di antara golongan yang disasarkan oleh beliau untuk memakai koleksi baju raya 2012 ini adalah wanita-wanita berkerjaya, golongan VIP dan VVIP serta tidak ketinggalan artis tempatan. Ia juga sesuai kepada sesiapq yang inginkan kelainan serta berani dalam berfesyen untuk edisi perayaan kali ini. Muse pada kali ini ialah Natasha hudson dan Sabhi Saddi.

Koleksi Baju Raya 2012 ‘Classic Glam Raya’ oleh Zery Zamry, amat berhasrat bahawa si pemakai dapat menjiwai rekaan yang penuh dengan glamor, lebih-lebih lagi ketika zaman klasik dahulu. Namun begitu, elemen dan olahan rekaan moden beliau dengan gabungan elemen tradisi Melayu tidak dipisahkan begitu sahaja dan sangat sesuai untuk hari Raya Aidilfitri nanti.

Sumber: zeryzamry