Irsah in Designs


Design Baju Raya Melinda Looi 4 Seasons





ditulis oleh - N. Najwa

Di-ilhamkan oleh warna-warna 4 musim, Melinda Looi sekali lagi memaparkan barisan reka baju raya Aidilfitri 2012 di The Pavillion Kuala Lumpur. Koleksi rekaan terbaru beliau merupakan ready-to-wear pereka fesyen Melinda Looi yang boleh diperoleh di kaunter berjenama Parkson Pavillion.

Melinda Looi merupakan antara pereka baju dan busana (couture) yang mempunyai ramai klien dari golongan beragama Islam. Koleksi fesyen beliau, yang telah bermula sejak lebih 10 tahun dahulu, banyak telah diperagakan di Festival Fesyen Islamik New York, London dan Monte Carlo. Menurut beliau, "saya sebenarnya, tidak pernah me-reka koleksi baju hari raya ready-to-wear, tetapi ia merupakan antara permintaan paling tinggi oleh ramai klien saya..."

Design_Fesyen_Baju_Raya_Melinda_Looi_2012-1.jpgSudah tiba masanya beliau memperagakan barisan fesyen rekaan baju raya memandangkan pengalaman beliau di dalam industri fesyen meliputi seluruh pelusuk dunia. Baru-baru ini beliau telah di pilih untuk memperagakan rekaan fesyen koleksi beliau di World Fashion Awrads yang bakal diadakan di New York pada tahun 2013. Beliau juga berkata, "saya sememangnya tidak bersabar untuk memastikan rekaan ready-to-wear baju raya ini berada di kauter berjenama Parkson Pavillion, pusat fashionista untuk pakaian fesyen Hari raya.

Koleksi baju raya 2012 rekaan fesyen dan ilham Melinda Looi membariskan 12 rekaan terbaru beliau untuk Aidilfitri 2012. Lengkap dengan perincian rekaan pakaian Muslimah moden dari skaf/tudung, modern turbans khusus untuk peminat Hijabista. Pilihan warna 4 musim pilihan beliau kali ini daripada putih salji sehingga warna ceria musim panas.

Diharap, koleksi beliau kali ini memberikan semangat muhibbah dan persahabatan, pemberian dan penyatuan, selari dengan semangat sambutan hari raya Aidilfitri nanti. Namun itu, dari pandangan Melinda Looi, semangat dimaksudkan bukan sekadar terbatas untuk fesyen reka baju raya, tetapi fesyen untuk setiap masa sepanjang tahun, dan sesuai untuk diperagakan ke seluruh pelusuk dunia.

Website: www.melindalooi.com
Facebook: www.facebook.com/melindalooi