Irsah in Designs


Design Baju Raya Hatta Dolmat Tasha Faces




Kali ini menampilkan barisan rekaan terbaru 2012 rekaan design baju raya Hatta Dolmat digayakan oleh pelakon dan pemegang anugerah Tasha Shila. Koleksi terbaru pereka fesyen muda berpengaruh ini juga telah memperkenalkan rekan beliau di rancangan Wanita Hari Ini TV3 pada hari ini. 

Image Not Found.

Bertemakan LA DOLCE VON TEESE pret-a-porter  mempunyai 2 barisan koleksi iaitu Classic Raya : La Dolce Von Leese dan POLKADELIC ~ LA DOLCE VON TEESE. Koleksi tersebut adalah ilham beliau dalam menambah nilai rekaan asli potongan baju kurung moden raya dengan elemen fesyen dari Perancis dan Italy. Elemen-elemen ini boleh dilihat pada perincian pilihan fabrik, warna dan corak;  potongan dan alunan skirt;  elemen bunga dan French lace dan sebagainya. Walaupun begitu, ciri-ciri utama portongan dan perincian pada barisan koleksi baju raya Hatta Dolmat kali ini, tetap mengekalkan keaslian potongan budaya timur sesuai dipakai ketika Aidilfitri nanti.

Dengan menggabungkan elemen fesyen barat dan timur bagi koleksi baju raya Hatta Dolmat kali ini, berjaya menghasilkan rekaan yang unik, moden, fresh dan trendy mengikut perkembangan semasa. Sesuai di pakai oleh wanita berkerjaya, moden dan sofistikated tanpa mengira status. Koleksi terbaru beliau boleh diperoleh di butik couture beliau di Shah Alam, dan untuk makluman, tempahan telah pun ditutup. Namun begitu, ketika artikel ini ditulis, saudara Hatta Dolmat menyediakan barisan rekaan fesyen "ready to wear" untuk pengunjung ke butik couture beliau dengan harga mesra pelanggan.

 

sumber: http://hdbyhattadolmat.blogspot.com