Irsah in Designs


Design Baju Raya 5 Stars Fesyen Designers Fashion




Ditulis Oleh: Nurul Izzaty

Menampilkan barisan design baju raya 5 Stars II Designers Fashion Runaway. Antara barisan feshion designers 5 Stars yang terlibat ialah Rizaman Ruzaini, Hatta Dolmat, Zery Zamry dan Hazwani Osman. Variasi koleksi fesyen terkini ilham untuk trahun 2012, majlis serba ringkas tetapi glamour, telah dihadiridi Kuala Lumpur dan dihadiri barisan pelakon, artis, VIP dan pencinta seni fesyen Malaysia.

Antara tarikan dan koleksi design baju raya fesyen 5 Stars oleh pereka terkemuka negara diterajui oleh Rizman Ruzaini dengan koleksi rekaan bertemakan "Ëid ul-fitri precious II". Dengan berlatarbelakang runaway yang dihias serba unik dan santai memberikan pendekatan berlainan kepada tetamu yang merupakan artis jemputan, pelakon dan VIP pencinta koleksi fesyen tanah air.

Kesemua designers menampilkan rekaan terkini, eksklusif untuk Hari Raya tahun ini dan belum berada di butik couture masing-masing. Kreativiti barisan muda ini amat terserlah sekali dengan berbagai detailing serta perincian pada setiap sudut koleksi rekaan masing-masing. Sesuai dengan tema, sempena menyambut Aidilfitri nanti, penampilan barisan model yang memperagakan koleksi design di sepanjang runaway sungguh anggun dan teruja sekali.

Setiap rekaan baju raya bagi tahun ini dihasilkan dengan penuh teliti dengan nilai estitik tersendiri. Penggunaan aksesori seperti batu nilam sehinggalah ke zamrud telah banyak mendominasi hasil koleksi pereka-pereka muda ini terutamanya dari saudara Rizman Ruzaini. Diserikan lagi dengan barisan artis popular dan pemain bolasepak negara, yang merupakan model jemputan di samping barisan model profesional negara.

Berikut adalah antara gambar ekskluif sempena peragaan design baju feyen Hari Raya 5 Stars Designers Fashion Show yang telah diadakan pada awal bulan Julai 2012 yang lalu. Semoga hasil rekaan pereka fesyen tersohor Malaysia ini, menjadi inspirasi untuk anda bagi menambah nilai sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

** Sila klik pada gambar design baju raya Aidilfitri 5 Stars II untuk dibesarkan.