Irsah in Designs


Jovian Mandagie Boxing Day - Inspirasi Koleksi Baju Raya Designer




Boxing Day atau Hari Perebutan telah dianjurkan oleh designer muda Malaysia Jovian Mandagie pada 16 Ogos 2012 yang lalu. Bertempat di Hotel Shang Ri La Kuala Lumpur. Label terbaru Jovian Mandagie iaitu JOVIAN telah menampilkan lebih 2500 pasang rekaan eksklusif Jovian termasuk 12 pasang rekaan lama beliau dan 10 pasang rekaan terbaru JM.

Julung-julung sekali Jovian Mandagie melalui label terbaru JOVIAN telah melaksanakan Boxing Day sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri, dan menurut beliau, matlamat utama perlaksanaan majlis sebegini telah pun tercapai. Dipetik dari wawancara beliau di Wanita Hari Ini - WHI 27/8/2012, beliau telah menyediakan rekaan terkini dan terdahulu bagi wanita seluruh Malaysia pada harga patut dan inginkan mereka lebih bergaya dan fashionable ketika menyambut lebaran nanti. Disamping itu, ia adalah sebahagian dari sumbangan beliau kepada peminat dan pecinta rekaan fesyen tanah air melalui hasil karya terbaru label JOVIAN, bagi memastikan "semua orang boleh memakai baju rekaan designer ternama".

Boxing Day sebegini tidak asing lagi dikalangan pereka fesyen tempatan mahupun luar negara. Pereka fesyen label antarabangsa seperti Michael Corrs dan Kimora Lee Simmons (KLS) yang menjadi icon dan trending fesyen masa kini, sering mengadakan acara Boxing Day sebegini bagi menghargai peminat fesyen mereka diluar negara. Di harap perlaksanaan acara dan majlis sebegini bakal menjadi fenomena jualan fesyen di Malaysia dan seterusnya meng-kaya-kan budaya "memberi" oleh fashion designers kita kepada peminat dan pencinta fesyen tanah air.

Latarbelakang dan fakta penting fenomena Boxing Day Hari Raya yang telah dilaksanakan oleh Jovian Mandagie koleksi terbaru label JOVIAN.

Tarikh: 16 Ogos 2012

Masa: 8am - 7pm

Lokasi: Hotel Shang Ri La, Kuala Lumpur,

Fakta fenomena Boxing Day JOVIAN - Maklumat dan informasi penting:

  1. Penganjur Jovian Mandagie telah menyediakan 2 laluan iaitu pertama laluan Try and Buy manakala kedua Laluan Laju (Fast Lane - Grab & Pay)

  2. Kesemua rekaan fesyen label terkini JOVIAN akan dipostkan 2 hari sebelum jualan terlaksana Majlis Boxing Day (14/8/2012)

  3. Setiap pellanggan diberi masa 10 minit dengan 4 rekaan pakaian untuk mencuba.

  4. Setiap pelanggan hanya boleh membeli 10 pasang rekaan pakaian tetapi hanya 1 sahaja dari sesebuah rekaan (design) JM.

  5. Peminat dan pelanggan dari Johor Bahru dan Singapura - sebuah bus pengantara telah disediakan oleh pihak Jovian Mandagie.

  6. Dianggarkan lebih 5,000 pelanggan dan peminat rekaan Jovian Mandagie telah hadir ke Boxing Day sempena Hari Raya tersebut.

Semoga fenomena dan acara Boxing Day Jovian Mandagie sebegini dapat menjadi inspirasi kepada pereka fesyen muda tempatan dalam memberikan satu anjakan pardigma perkembangan dunia fesyen tanah air. Satu langkah yang sungguh bijak dan tepat pada masanya oleh Jovian Mandagie dalam memberikan kepelbagaian rekaan fesyen ketika menyambut Adilfitri bagi wanita Malaysia dan Sigapura dan seterusnya bakal mencetus fenomena dan ikutan dunia fesyen tanah air. Syabas dan tahniah.

jovian-mandagie-boxing-day-katalog-hari raya 2012 collections koleksi muaturun download imej inspirasi rekaan fesyen designer

JM_boxing_day_reference_catalogue_hari_raya_2012.jpg

Muaturun katalog penuh JOVIAN Boxing Day Hari Raya 2012 di:

http://www.jovian.com.my/pdf/jcatalouge.pdf

Maklumat dan sumber carian rujukan Jovian Mandagie Boxing Day Aidilfitri 2012 di:

http://www.jovian.com.my/boxingday.html