Irsah in Designs


Design Baju Raya Baru Mimpi Kita Aidilfitri 2012




Kami memeperkenalkan barisan fesyen baru baju raya 2012 keluaran Mimpi Kita dalam memberikan insipirasi pengayaan anda untuk hari lebaran kelak. Koleksi kali ini sangat unik kerana penggunaan warna pastel lembut dan terang pada rekaan fesyen baju kurung/kebaya moden, diadaptasikan dengan begitu dominan sekali bagi memberikan suasana meriah ketika hari raya anda nanti.

Laman Mimpi Kita adalah lebel fesyen pakaian on line untuk wanita Malaysia dan Dunia. Mereka juga sedang hangat mempromosikan barisan rekaan baju raya baru 2012 untuk koleksi Aidilfitri nanti. Sesuai dengan perkhidmatan rekaan fesyen dan pakaian Mimpi Kita, keseluruhan keluaran fesyen Aidilfitri yang di paparkan memberikan inspirasi gaya dan keterampilan individu tersendiri. Rekaan dari Mimpi Kita memastikan bahawa setiap perincian yang dihasilkan akan sempurna terhadap keperluan fitting si pemakai.

Untuk koleksi baju raya Mimpi Kita Aidilfitri 2012, mereka telah memaparkan beberapa koleksi baju kurung, baju Kurung Moden, baju Kurung Pahang, Baju Kurung Kedah yang bermula dengan harga RM 125 sahaja. Mereka juga memperkenalkan barisan rekaan baju raya kebaya, kaftan atau jubah untuk koleksi Muslimah moden mereka.

Bagi wanita moden dan sofistikated, lining dan camisole - sleeveless dan long sleeve, dress serta rekaan batik juga disediakan. Rata-rata rekaan fesyen koleksi ini bermula dengan harga RM 75 bagi camisole sehinggakan RM 300 (per meter) untuk batik. Antara label yang diperkenalkan selain paparan khas koleksi baju raya Aidilfitri 2012 adalah seperti Hush, Reka Kita dan Suri Lana untuk menambah nilai hari raya anda, dari hiasan dalaman sehingga ke aksesori perincian rumah.

Sumber: Mimpi Kita, Irsah Dot Com

Image Not Found.