Irsah in Designs


Design Baju Raya 2012 Radzuan Radziwill The Pop Look




Kali ini post agak istimewa bagi penuiis kerana pereka fesyen tersohor Malaysia, Radzuan Radziwill (RR) akan diperkenalkan. Dengan ikhsan The Pop Look, laman on-line pembelian baju rekaan fesyen terkini RR, memperkenalkan barisan fesyen rekaan terkini untuk baju raya 2012 Radzuan Radziwill yang sangat istimewa dan sangat bersesuaian untuk wanita Muslimah moden, bekerjaya dan sofistikated.

Secara peribadi, penulis mengenali designer pereka fesyen Radzuan Radziwill sejak dari awal tahun 2000 lagi bersama Kak Ina di butik couture RR di Jalan Besar bandar Kajang ketika itu. RR dan Kak Ina sangat mesra dan peramah dan sungguh berdedikasi dalam menjalankan setiap tempahan dari pelanggan samada dari pasangan bakal pengantin sehinggalah ke orang ternama. Pada masa itu juga , RR sangat sibuk dengan berbagai jemputan khas seperti foto shoot rekaan couture beliau di majalah fesyen tempatan, namun sempat juga RR dan Kak Ina melayan tempahan kami. Kami sangat teruja apabila, RR telah menawarkan rekaan terbaru baju pengantin RR kepada penulis dan pasangan, untuk diguna/sewa, sebelum rekaan pakaian tersebut di paparkan di dada majalah fesyen pada keluaran bulan Jun/Julai tahun yang sama. Terima kasih Radzuan Radziwill dan Kak Ina.

Kali ini rekaan terkini RR, seperti dipaparkan di The Pop Look, sangat bersesuaian untuk dipakai pada Hari Raya 2012 Aidilfitri kelak. Label RR sangat sinonim dengan kehalusan,, extravaganza dan drama. Penelitian terhadap perincian rekaan dan diperkayakan dengan keselesaan pemakai, dipadankan penggunaan fabrik pakaian yang lucious, sememangnya akan menjadi daya tarikan bagi si pemakai kelak. Dan ini diperakui sendiri oleh penulis kerana kerjasama kami dengan RR sebelumnya.

Label Radzuan Radziwill kali ini menampilkan rekaan menggunakan fabrik sulaman kapas (knitted cotton) dan fabrik Jersey. Ia didatangkan dengan Jersey slip maxi yang berpadanan dengan warna dan corak dress. Terdapat kepelbagaian pilihan warna, dengan penilitian pada perincian alunan rekaan dan bahagian kolar, sangat sesuai dan santai untuk hari perayaan. Barisan rekaan ini juga didatangkan dengan black cami leggings yang tidak terlalu menonjol bagi mengekalkan kesesuaian dan rekaan sofistikated Muslimah moden.

Keseluruhan rekaan RR di The Pop Look kali ini didatangkan dalam unversal saiz kerana perincian pada alunan fabrik yang direka khas untuk memberikan perspektif baru bagi gaya fesyen Muslimah moden. Walaupun rekaan kali ini sangat berbeza dari barisan fesyen dari pereka-pereka junior RR, seperti disini dan disini, malah disini, namun ia tetap menjadi pilihan pencinta fesyen muslimah. Untuk rekod, di The Pop Look ketika artikel ditulis, hampir 50% barisan rekaan RR telah pun ditempah (sold out). Semoga sukses kepada team Radzuan Radziwll dalam memberikan inspirasi kreatif kepada fesyen negara dan dunia - insya-allah. Kami di Irsah Dot Com akan sentiasa menyokong usaha RR dalam memertabatkan feyen ketimuran dan Muslimah Moden. Syabas dan Tahniah.

 

Baju_Raya_Radzuan_Radziwill_di_The_PopLook-1.jpg