Irsah in Designs


Baju Raya 2012: Jovian Mandagie Collection




Jovian Mandagie, kini nama sinonim dengan dunia dan warisan fabrik batik, sekali lagi telah memperkenalkan koleksi  terbaru sempena Aidilfitri 2012 setelah menjalani berpuasa di bulan Ramadhan nanti. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, sama ada dalam peringkat kebangsaan mahupun di luar negara, Jovian Mandagie sentiasa memberikan cetusan dan idea terbaru serta trendy. Aviraya 2012 merupakan inspirasi terkini beliau bagi memeriahkan Aidilfitri tahun ini.

Pengasas Batik Is My Soul - BIMS (Batik adalah naluri-ku) yang merupakan sebuah pertubuhan sosial (society) bagi mengukuhkan warisan, pembangunan, kesenian senireka fabrik berasaskan batik. Penelitian, kesenian dan perincian Jovian Mandagie untuk koleksi baju raya 2012 JM couture collections dapat dizahirkan melalui pengenalan barisan rekaan terbaru beliau dilancarkan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Diucapkan syabas dan tahniah kepada Jovian Mandagie dan semoga sukses dan terus dilindingi Tuhan dalam usaha anda memberikan inspirasi serta memperkasakan seni dan warisan budaya Malaysia ke seluruh pelusuk dunia. God speed.

Sumber: jovianmandagie.comlimkokwing.net

Image Not Found.