Irsah in Designs


Amuk Putrajaya Baru dan Kini




Update 16/7: Suspek wanita mengaku tidak bersalah atas 2 tuduhan dikenakan ke atasnya setelah pendakwaan dijalankan di Wad Hospital Putrajaya. Hakim telah memerintahkan suspek tersebut diikat jamin berjumlah RM10,000 bagi kedua-dua pendakwaan antaranya mengakibatkan kecederaan terhadap orang awam.

Berikut ialah diantara perkembangan terkini kejadian amuk di hadapan Komplek B Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya. Berbagai spekulasi telah timbul dan pelbagai tanda tanya, kemana hala tuju dan motif kejadian tersebut. Ironinya, ia dikaitkan dengan politik, pihak pembangkang dan dunia blog-gers tempatan.

Diantara sumber yang diperoleh dari laman akhbar on-line, suspek wanita yang memakai hijab berwarna hitam, ditembak selepas mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri tersebut. Namun sebelum kejadian, suspek wanita amukan itu telah menghantar dua anak kecil beliau ke rumah ibu bapanya di Damansara, dua hari sebelum kejadian amukan itu berlangsung.

Menurut bapa suspek wanita, suspek meminta beliau untuk menjaga kedua-dua anak-anak kecilnya, yang berumur satu dan dua tahun. Suspek tidak memberi memberi alasan dan pada sangkaannya, suspek meninggalkan anak-anak tersebut kerana urusan kerja. Bapa suspek merupakan seorang penjual nasi lemak yang berumur 55 tahun. Menurut beliau lagi, suspek merupakan anak kedua dari empat adik beradik, dan bekerja sebagai seorang penolong pengurus sebuah syarikat swasta. Namun begitu, tanpa pengetahuannya, anaknya itu (suspek) telah lama berhenti kerja.

Menurut bapa suspek wanita itu lagi, berkenaan kejadian amuk di Komplek B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya itu - "Saya tidak menyangka kejadian itu berlaku. Kehidupan anak saya normal sahaja. Mungkin kerana dia suka melayan internet. Sekolah tinggi tetapi jadi macam itu." Petikan dari kata-kata beliau kepada pemberita dan media ketika ditemui di Hospital Putrajaya melawat mangsa (suspek).

Bapa suspek wanita berasa tersangat kesal dengan perbuatan amuk yang dilakukan oleh anaknya. Berita kejadian amuk yang dilakukan oleh anaknya, telah sampai kepada pengetahuan setelah menerima panggilan dari seorang pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya yang berhubung melalui telefon di dalam handfon suspek.

Image Not Found.

Kejadian yang berlaku pada 2.30 petang semalam (10/10/2012), suspek wanita kejadian amuk Komplek B Jabatan Perdana Menteri Putrajaya tersebut, adalah berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan berusia lewat dua puluhan. Suspek telah ditembak di peha kanan di kawasan kompleks B JPM (tempat kejadian) dan sedang dirawat dan di kawal rapi oleh pegawai-pegawai polis di Hospital Putrajaya. Rakan suspek, Khalil Afandi, berusia 47 tahun, yang terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital yang sama.

Pihak Polis bertindak dengan memberikan amaran, terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha dan inisiatif untuk memujuk kedua-dua suspek tersebut gagal. Sebaliknya kedua-dua suspek amuk Kompleks B Jabatan Perdana Menteri Putrajaya tersebut, yang hanya bersenjatakan parang (kelihatan sebuah pedang samura), membuat cubaan untuk menyerang anggota polis. Kedua-dua suspek juga telah merosakkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan disekitar kawasan kejadian amukan tersebut.

Perkembangan terbaru, suspek wanita yang sedang menjalani rawatan di Hospital Putrajaya, ditahan reman mulai hari ini (11/07/2012) untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. Ibu suspek wanita kejadian amuk Kompleks B JPM Putrajaya, tidak menyangka malah terkejut dengan kejadian yang berlaku. Beliau ditemui di perkarangan Hospital Putrajaya, masih dalam keadaan kebingungan dan terkejut.

Tinjauan di kawasan wad kawalan pengasingan Hospital Putrajaya mendapati suspek wanita amuk Kompleks B Jabatan Perdana Menteri JPM Putrajaya memakai sekaf berwarna hitam dan kelihatan berbaring di atas katil dan dikawal oleh duia orang anggota polis wanita 24 jam. Menurut kenyataan dari suami suspek wanita amuk itu, isterinya tersangat terpengaruh dan teruja keatas laman blog milik suspek lelaki yang ditembak itu. Ada ketika, dia mendapati tingkah laku isterinya agak pelik dan kelihatan terlalu taksub dengan ajaran Imam Mahadi. - sumber dipetik Bernama

Berita terbaru, polis sedang membuat siasatan dan sedang menjejaki seorang lagi penulis dan pemilik blog yang masih diperkatakan dan dikaitkan dengan pro-pembangkang. Suspek ketiga kejadian amuk Komplek B Jabatan Perdana Menteri Putrajaya tersebut juga telah merakamkan kejadian yang berlaku. Siasatan awal pihak polis telah mengenalpasti dua lagi suspek (individu) besama suspek pemilik blog tersebut yang merakamkan kejadian. Menurut pihak Polis lagi, motif dan kejadian amuk di JPM Putrajaya, berkemungkinan adalah satu rancangan pihak tertentu, dalam proses untuk menghuru-hara kan keadaan.

Sumber: Bernama TheStar Online