Irsah in Designs


Kaedah Teknik SEO Barjaya Tetapi Di Hukum




6 Kaedah Manipulasi SEO Pengguna Internet Perlu Elak dan Tindakan oleh Enjin Carian

Di Malaysia ketika ini, apabila ditanya kepada pengguna internet biasa tentang SEO, mereka mengatakan ia adalah teknik pakar internet dalam manupulasi jualan dan iklan. Mereka memberikan contoh seperti iklan "pop-up" dan penghantaran e-mel secara otomatik adalah sebahagian dari kaedah SEO. Teknik tersebut juga dikaitkan dalam mendapatkan jumlah pengunjung ke laman dengan cepat menggunakan kaedah yang kurang menyenangkan bagi kebanyakan pengguna internet.

Walaupun dunia industri SEO telah wujud sekian lama, namun ia tetap mendapat reputasi yang buruk oleh pengguna-pengguna internet. Bukan sahaja di Malaysia, malah pengguna internet di negara lain juga mempunyai pendapat yang sama. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan industri SEO ini dapat berubah kepada industri yang lebih sihat dan relevan kepada pengguna internet masa kini bukan sekadar manipulasi negetif kepada pengguna internet sahaja.

Memang benar SEO adalah manupulasi untuk mendapatkan jumlah pengunjung ke laman anda dengan mudah. Namun, jika tujuannya adalah telus dan berkaitan dengan apa yang mahu dicari oleh pengguna internet, sudah tentu anda akan mendapat kelebihan yang berlipat kali ganda. Oleh itu, mari kita menyelami kaedah SEO yang perlu dihindari dan tindakan hukuman yang telah dilakukan oleh robot enjin carian serta contoh berkaitan.

Kandungan dan Konten Laman Yang Tidak Berkualiti

Pakar-pakar SEO dan industri enjin carian banyak memperkatakan berkenaan kandungan atau konten adalah segalanya untuk SERP (keputusan enjin carian). Disamping itu, pastikan setiap penulisan mempunyai keaslian tersendiri. Ketika ini, banyak sungguh laman yang mempunyai kandungan tidak berkualiti yang dimaniupulasikan telah digugur oleh robot enjin carian, dan mahukah laman anda diketepikan oleh robot tersebut? Oleh itu, hasilkan kandungan atau konten yang mempunyai nilai kepada pembaca serta memberikan informasi yang sewajarnya. Nescaya, anda akan terus mendapat tempat di enjin carian kelak dan meningkatkan jumlah pelawat ke laman anda.

Menyumbat kata Kunci Carian Laman Anda

Peraturan asas SEO, rasanya anda semua sudah memahami dan membaca dikebanyakan artikel panduan asas SEO. Ingat, yang membaca adalah manusia dan bukannya robot. Jika terlampau banyak sangat kata kunci disumbatkan untuk manipulasi kata kunci dan menyukarkan membaca, sudah tentu pelawat tidak akan masuk ke laman anda kelak. Robot enjin carian juga sudah lebih bijak menilai laman yang menyumbat kata kunci secara melampau ketika ini. Laman seperti ini tidak akan mendapat tempat langsung dalan enjin carian mahupun di indeks. Di samping itu, penggunaan kata kunci yang berulang dan terlampau "berat" adalah salah satu faktor peningkatan "bounce rate" (tahap pengembalian) sesuatu laman/blog. Dan ia sangat tidak baik untuk kemajuan laman/blog anda di masa akan datang.

Gandaan Melampau pada Tag Meta Laman Anda (Duplication)

Tag Meta adalah seperti iklan bagi laman anda. Ia akan tertera pada setiap keputusan carian pengguna internet di enjin carian. Pada pendapat enjin carian, tag meta bukanya penting untuk memberi maklumat, tetapi sebagai manusia yang ingin mendapatkan informasi, paparan tag meta laman anda sangat penting. Oleh itu, setiap laman anda seharusnya mempunyai meta tag yang berbeza diantara satu sama lain bagi membolehkan kepelbagaian dalam enjin carian. Sebagai contoh, gandaan tag meta yang sangat tidak relevan seperti "cara buat duit, dapat duit, affiliasi duit, duit mudah, duit online, dapat duit cepat". Membuat anda berfikir, adakah akan klik untuk melihat laman tersebut? Sudah tentu tidak bukan?

Pautan Ke Laman yang Tidak Relevan

Jika anda menyediakan pautan pada laman anda (links), pastikan pautan tersebut mempunyai kaitan dengan niche mahupun industri laman dan blog anda itu. Sebagai contoh, jika niche blog anda adalah "parenting", pastikan pautan kearah laman yang berkaitan dengan "parenting" seperti laman DuchLady mahupun laman produk barangan bayi. Adalah menjadi kesalahan besar di mata robot pencarian jika mendapati laman anda mempunyai pautan manipulasi (links) kepada laman berunsur porno dan link farm yang tidak relevan langsung dengan niche anda. Jika terdapat pautan yang tidak bermutu ini, akan dihukum oleh robot enjin pencarian dan percaya atau tidak, laman anda tidak akan dipaparkan pada keputusan hasil carian.

Menyalin Bulat-bulat Penulisan dan Artikel Pencabar Anda

Setiap industri (website) dan niche (blog) bagi sebuah laman adalah unik di dalam enjin carian. Mempelajari laman atau blog yang merupakan pencabar/pesaing adalah sebenarnya strategi yang sihat. Namun begitu, strategi meniru sebulat-bulatnya (copy and paste) adalah strategi manipulasi lapuk dan pasti dikenakan tindakan oleh robot pencarian serta merta. Contohnya anda boleh melihat artikel yang dikeluarkan oleh laman ini yang berada di muka surat utama SERP ini http://blog.irsah.com/2012/08/apple-menang-samsung-bayar-1051-b.html dan bandingkan laman penyalin ini http://www.siakapkeli.com/2012/08/apple-menang-samsung-bayar-1051-b.html yang tidak mendapat tempat dalam enjin carian. Didapati laman ini juga dikesan oleh Avast Internet Protection sebagai Spam dan Threat membahayakan PC anda (Avast Premium).

Namun begitu, ia adalah perjuangan. Jika anda berjaya untuk menakluki kedudukan terbaik di enjin carian, sudah pasti ada orang tidak bertanggungjawab untuk menumpang kejayaan anda. Realitinya, keaslian konten, siapa dahulu menerbitkan konten/artikel dan kandungan unik, tetap menjadi perhatian robot enjin pencarian dan anda akan mendapat tempat sewajarnya.

Langkah Mudah, Segera dan Singkat?

SEO merupakan satu proses jangka panjang untuk membina momentum di enjin carian dari masa ke semasa. Sebenarnya, tidak pernah wujud kejayaan SEO dalam sekelip mata. Jika ada pun, ketika ini dengan berbagai kemaskini terbaru enjin carian, sudah tentu laman yang menduduki tempat teratas SERP menggunakan teknik manipulasi kotor (black hat, keyword stuffing dan dan spamming). Namun ia hanyalah sementara, percayalah. Selalunya dalam jangka masa seminggu atau lebih sahaja kedudukan tertinggi. Oleh itu, berfikirlah untuk membina reputasi laman dan blog anda untuk jangka panjang ataupun ingin menikmati kejayaan untuk jangka masa singkat sahaja. Anda fikirlah sendiri kerana ia berkaitan dengan kredibiliti laman anda dan juga anda sebagai pemiliknya.

Kaedah-kaedah diterangkan adalah hanya sebahagian dari berbagai kaedah kotor dan manipulasi yang menyebabkan industri SEO mendapat reputasi yang buruk. Sesetengah pemaju laman web dan blog sengaja menjalankan kaedah seperti ini, semata-mata untuk memperoleh klien yang dahagakan kejayaan dalam masa yang singkat. Namun hakikatnya, percubaan teknik kotor begini bukan sahaja akan menghukum pemaju (developer) laman web itu, malah laman web yang dikelolakannya (klien), juga akan menanggung risiko yang sama. Oleh itu, wajarlah untuk anda mengenal serba sedikit pemahaman industri SEO ini dan kesannya terhadap laman/blog anda. Dengan rujukan dan hasil bacaan perkembangan terkini dunia dan industri SEO ini, dapat memberikan pemahaman dan seterunya anda dapat mengetahui impak dan relevan laman/blog anda di masa akan datang.

Kata Singkat: SEO - Search Engine Optimisations, SERP - Search Engine Result Page


Kaedah Manipulasi SEO Barjaya Tetapi Di Hukum - Ditulis oleh A.Najwa, Pentadbir Kontrak Bebas untuk berbagai syarikat bumiputera berstatus enterprise dan perkongsian. Matlamat beliau adalah untuk membantu pemilik perniagaan kecil menggunakan kelebihan dunia internet dan pemasaran sosial sebagai satu langkah menambah nilai perniagaan dengan mudah dan dalam jangka masa panjang.