Irsah in Designs


7 Tips Optima SEO Blog Website Anda




Search Engine Optimisation SEO sudah menjadi sinonim dengan pengguna, penulis dan pemilik blog blogger dan website. Nama-nama enjin pencarian seperti Google, Biing, Yahoo, AltaVista dan lain-lain sudah tidak asing lagi bagi pengguna internet. Namun begitu, ramai yang hampa, apabila didapati laman atau post mereka tidak dapat bersaing dengan laman-laman yang terdahulu walaupun contents yang ditulis mempunyai persamaan niche.

Disini menerangkan 7 tips langkah mudah optima SEO blog dan website anda untuk memastikan laman tersebut dapat di-indeks dengan sempurna dan dihadapan oleh enjin pencarian. Seterusnya memastikan kandungan laman anda sentiasa relevan kepada pembaca dan pelawat web.

7 Tips Optima Blog/Web Laman Anda.

Tips optima Blog/Web pertama: Alt Tags

Alt attributes adalah salah satu kaedah bagi menerangkan sesuatu imej atau gambar yang berada di laman anda. Samada anda meng-import atau membuat links dari punca imej tersebut dari mana-mana sumber host imej. Alt attributes adalah penting bagi membolehkan spiders (robot search engine) 'melihat' imej yang berada dalam penulisan kontens anda.  Untuk mendapatkan keputusan indeks laman anda terbaik, pastikan imej yang bakal anda paparkan mempunyai nama file yang lebih terperinci, bukan sekadar nombor rujukan fail sahaja. Pastikan juga atribute tags imej anda menerangkan secara ringkas gambar tersebut dan wujudnya kata kunci untuk contents anda di dalam tags tersebut.

Tips optima Blog/Web Kedua - Title Tags

Title tags menerangkan sesuatu dokumen atas talian dan mempunyai kuasa SEO yang terbesar dalam mewujudkan relevan dengan laman anda. Ia akan terpapar diatas browser skrin komputer anda dan di semua hasil enjin pencarian, termasuk juga laman website luaran.

Selalunya ia terdiri dari 70 patah perkataan (atau kurang lebih) dan mempunyai relevan dengan kata kunci serta branding syarikat/web/blog anda. Kata kunci utama hendaklah diletakkan di hadapan title tags. Adalah disyorkan tidak menggunakan stop words (kata henti) seperti "the", ïs", "can, "and", "while", "we" dan sebagainya. Ia tidak mempunyai signifiken dan nilai keyword.

Tips optima Blog/Web - Meta Descriptions

Meta tags memberikan spiders enjin pencarian sedikit gambaran berkenaan penulisan dan kontens laman anda. Ia memainkan peranan utama kepada enjin pencarian dalam memberikan kelebihan bagi laman anda di klik semasa paparan sistem tersebut. Enjin pencarian seperti Google adakalanya memaparkan keputusan paparan laman (search result page (SERP's) dan akan memboldkan kata kunci yang dicari oleh pelawat laman.

Selalunya adalah lebih sesuai meta description mempunyai 150-160 patah perkataan dan mempunyai kata kunci yang relevan dengan konten serta title post anda. Anda boleh menggangapkannya sebagai mengiklan konten anda kepada enjin pencarian enjin.

Untuk memudahkan anda, pastikan kata kunci sentiasa berada di dalam title tags, meta description dan contents laman anda tersebut.

Tips optima Blog/Web Keempat - Sitemap.xml

Enjin pencarian seperti Google menggunakan Sitemaps untuk mengetahui struktur keseluruhan blog atau website anda. Ia memudahkan robot spiders mencari persamaan dan links diantara laman-laman di dalam web dan blog anda.

Sitemap juga digunakan untuk menunjukkan metadata berkenaan laman web/blog anda yang tertentu seperti kandungan laman yang mempunyai imej, video, mobile dan berita. Sitemap ini hendaklah berada di dalam directori utama laman/website anda dan di verify/hantar ke Google melalui Google Webmaster Tools.

Tips optima Blog/Web Kelima - Robots.txt

Sebagai tambahan kepada Sitemaps, fail Robot.txt dihasilkan untuk memberitahu robot enjin pencarian bagaimana halatuju untuk memasuki blog atau website anda. Sebelum robot tersebut memasuki laman blog/web anda, robot (spiders) akan memeriksa fail Robot.txt dan mencari bahagian mana yang tidak memerlukan untuk di indeks. Anda hanya memerlukan Robot.txt jika anda tidak memerlukan sesuatu bahagian untuk diindeks oleh enjin pencarian. Fail ini diletakkan di bahagian utama direktori blog/web anda.

Tips optima Blog/Web Keenam - Rich Snippets and Microdata

Untuk mendapatkan rank yang lebih di dalam keputusan enjin pencarian bukan lagi perkara mudah dalam mengoptimakan laman anda. Apabila pelawat mencari keputusan hasil carian, mereka akan melihat sumber-sumber lain sebelum mereka klik ke laman tersebut. Rich Snipplets menambah nilai laman anda dalam memberikan maklumat kepada bakal pelawat anda supaya mereka mudah dan cenderung untuk klik ke laman anda nanti.

Untuk memastikan rich sniplets dioptimakan, tambahan kod HTML markup di letakkan di dalam laman web/blog. Kod markup yang selalu digunakan ialah microdata. Menggunakan tag microdata HTML yang mudah, memberikan informasi secara spesifik, review, author, produk, business dan juga organisasi. Ia juga boleh memaparkan informasi berkenaan resepi, events, musik dan juga konten yang mempunyai video.

Tips optima Blog/Web Ketujuh - Code Restructuring

Oleh kerana algorithma enjin pencarian sentiasa berubah secara drastik dari masa kesemasa, robot pencarian (spiders) tidak membuat carian secara mendalam dan menyeluruh laman dan blog anda. Jika kita ambil dari pernyataan tersebut, pengolahan kod (code restructuring) laman tertentu dilaksanakan, tanpa mengolah struktur asal laman. Sebagai contoh, meletakkan contents anda lebih atas dari imej, video dan sebagainya. Pengolahan kod ini masih lagi djalankan oleh pakar-pakr web. Ia membantu robot pencarian memperoleh informasi relevan untuk enjin pencarian.

Tips dan langkah optima SEO diatas adalah teknik advance (naik taraf) yang akan membezakan laman anda dari laman yang lain serta memperoleh lebih petunjuk kepada enjin pencarian. Namun begitu, ia bukannya petunjuk aras bagi mengoptimakan SEO laman blog atau web anda. Sesebuah web atau blog boleh ditambah nilai optima SEO dengan menggunakan access keys (keyboard shortcuts), tab indexed (tab index untuk link dari satu laman ke laman anda yang lain) dan kehendak-kehendak untuk orang kurang upaya. Mungkin ia seolah satu ketidak-perluan, namun menurut Google, jika laman anda lebih mesra kepada pengguna, akan memudahkan ia berada dihadapan enjin pencarian.